Mengapa pelajar sangat lemah dalam subjek Matematik Tambahan?
· Pelajar sudah mempunyai mind
set yang mengatakan subjek
ini susah kerana terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Maka, mereka tidak berminat umtuk belajar
· Takut dengan formula-formula yang banyak dan kompleks
· Malas untuk membuat latihan bagi memahirkan diri
· Tidak memahami konsep dalam matematik sejak peringkat awal
· Tiada asas yang
kukuh dalam matematik
Bagaimana Nur Amalina menerobos fobia ini?
· Saya berminat dengan Matematik Tambahan kerana berpendapat subjek ini
senang sekiranya memahami konsep sebenarnya
· Suka dengan
aktiviti pengiraan dan penyelesaian masalah yang memerlukan kemahiran berfikir
· Saya suka cabaran terutama cabaran yang susah
· Tidak dinafikan saya membuat banyak latihan dan latih-tubi. Saya membuat hampir semua soalan tahun-tahun lepas.
· Saya dapati setiap tahun soalan yang keluar mengikut pattern (corak) yang sama, Cuma angkanya
sahaja yang berubah. Ini memudahkan saya mendapat 100%.
Apa Nur Amalina buat apabila ‘stuck’ ketika menyelesaikan masalah dalam
Matematik Tambahan?
· Saya cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya sendiri dan merujuk buku-buku
bagi mencari maklumat.
· Check jalan, mungkin ada yang tersilap
· Rujuk masalah lepas yang telah diselesaikan, mungkin ada persamaan
· Pastikan formula yang digunakan betul
· Sekiranya masih tidak dapat, berbincang bersama rakan- rakan di dalam study group tentang soalan tersebut dan
menyelesaikannya secara bersama.
Tips lulus Add Math
Kertas 1
Kertas 1 ada 25 soalan yang wajib dijawab..
biasanya pattern soalan sama saja.
Soalan no.1 biasanya dari Chapter 1-Function
Soalan no.2 Chapter 2-Quadratic Equation
dan seterus-seterusnya lah.
..(ada juga satu chapter keluar lebih dari 2 soalan)
Empat Chapter ini
(biasanya tak keluar dalam Paper 1 sebab chapter
ni soalan pilihan Paper 2)
-Solution Of Triangle
-Index Number
-Motion Along A Straight Line
-Linear Programming
Cadangan
1. Jangan tinggalkan kosong- jawab semua
soalan sehabis baik mengikut kemampuan anda
(sepatutnya tiada masalah untuk 10 soalan pertama
kerana beberapa chapter telah diajar dalam matematik moden juga..)
2. Gunakan scientific calculator yang ada mode equation
(dicadangkan Casio MS570)
- bertujuan untuk menyemak factorization dengan lebih
mudah kerana factorization untuk quadratic equation
digunakan dalam banyak soalan(*tapi ingat-markah tidak
diberikan sekiranya jalan kerja tidak ditunjukkan-
(calculator untuk tujuan penyemakkan)
- untuk mencari nilai binomial probability distribution
-nilai X dengan lebih mudah tanpa menggunakan buku sifir
4 angka (walaubagaimanapun buku sifir disediakan semasa peperiksaan
3. Markah yang diperuntukkan ada dinyatakan dihujung
setiap soalan..yang terdiri dari 2,3 dan 4 markah. Jawab soalan
berpandukan markah yang diberi.
4. Formula telah diberikan di hadapan kertas soalan.
.(hampir semua formula)..walaubagaimanapun ia akan
menjadi hiasan saja kelau anda tidak tahu menggunakan
atau tidak tahu makna simbol..penting untuk anda "mesra"
dengan formula-formula ini dengan membuat seberapa
banyak latihan
5. Sekiranya ada dinyatakan dalam soalan contohnya :
Without using scientific calculator..maksudnya anda
diminta untuk menunjukkan jalan kerja penuh untuk
menjawab soalan itu..walau bagaimanapun..anda boleh
menggunakan mesin kira untuk tujuan semakan..
6. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya
25markah (30/80) untuk kertas 1
7. Secara amnya Kertas 1 sangat membantu anda untuk
lulus Add Math..pelajar yang biasa mendapat markah
(60/80 dan ke atas) biasanya boleh mendapat
A1 atau A2 untuk Add Math, semasa SPM sebenar..(mengikut pengalaman)
Kertas 2
Terdapat 3 Bahagian soalan dalam Kertas 2
..Bahagian A, B dan C (semua sekali 15 soalan..wajib jawab 12)
Anda wajib menjawab semua soalan Bahagian A ((40 markah)
pilih 4 daripada 5 soalan Bahagian B (40 markah)
pilih 2 daripada 4 soalan Bahagian C (20 markah)
sekiranya anda sangat lemah dalam add math
pastikan anda fokuskan kepada soalan-soalan berikut
* Bahagian A -silmultionous equation (biasanya 5 hingga 6 markah-semak factorization guna scintific calculator anda)
* Bahagian B- Linear Law (biasanya soalan no 7)
(buat jadual (sekurang-kurang nya dua tempat perpuluhan )dan
plot graf-5markah..jawab soalan 5 markah)
* Trigonometric Functions (cuba buat graf trigo kerana
graf trigo tidaklah sesusah yg selalu
digambarkan)
* Probability Distributions -pattern soalan biasanya sama saja
Bahagian C - bagi pelajar saya.. saya menyarankan
mereka memilih tajuk Index Number dan Solution Of Triangle
untuk bahagian ini..kerana..Index Number adalah topik yg mudah.
.dan solution of triangle juga
tajuk yg tidak terlalu sukar..berbanding dengan
Linear Programing(mengambil masa untuk
menjawab..mengintepretasi soalan kepada graf).
.Motion Along a Straight Line (perlu mahir tajuk
differentiation dan integration..dan pelajar
selalu tidak dapat menafsir tajuk dengan baik untk topik
ini)
# PERHATIAN-Untuk Bahagian B soalan-soalan dari
topik lain yang selalu diuji ialah Coordinate Geometry,
Statistic, Circular Measures, Vector, Differentiation dan Integration
Daripada cadangan saya tadi anggaran markah untuk
topik2 terpilih tersebut ialah 70/180 (jumlah kertas 1 dan 2)
peluang untuk anda lulus adalah sangat cerah sekali..
jika anada dapat menambah 10 markah lagi.
.peluang untuk kredit berada di depan mata)
1.Segala cadangan di atas adalah atas pemerhatian
dan pengalaman (kursus teknik menjawab) yang telah
saya ikuti@alami sendiri..sekiranya anda mempunyai
guru2 pakar yang dapat memberikan ilmu atau
strategi menjawab yang lebih baik saya sangat
mengalu-alukan anda berkongsi dengan saya
2. Sekiranya anda telah pun mempunyai strategi menjawab
yang lebih baik...dan cadangan di atas tidak memberikan
banyak input malah mengelirukan..ABAIKAN SAJA
3. Sekiranya anda rasa ia membantu dan memerlukan lebih
dari yang ditulis diatas anda boleh bertanya -
akan saya jawab sekiranya mampu...
Sumber : http://akusukaaddmat.blogspot.com/2012_07_01_archive.html
ia adalah cadangan yang terbaik..semua pasti rugi jika terlepas ni....
ReplyDeletetq
ReplyDelete